SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau
lebih dikenali sebagai ‘Learning Management System’ (LMS) ialah
merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan
program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan
kadar latihan. Sistem ini sangat diperlukan kerana ia digunakan untuk mengurus
pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti, institut, dan kolej melalui
internet. Learning Management System adalah istilah yang digunakan
dengan meluas untuk lingkungan sistem yang menyediakan capaian kepada
perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para pelajar, para guru dan
pentadbir sistem. Tujuan utama sistem ini ialah untuk membantu
memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester,
membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang
pengajian di universiti, institut dan kolej berkenaan.
Antara
ciri-ciri yang penting dalam sistem ini ialah proses meletakkan bahan kursus di
atas talian. Melalui sistem ini, kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian
dapat dikesan dan tenaga pengajar dapat memberi kuiz serta ujian di atas talian.
Seterusnya, papan diskusi iaitu ‘Discussion board’ sangat penting kerana
ia membolehkan tenaga pengajar dan pelajar berdiskusi mengenai pembacaan dan
menyambung diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal. Selain itu, tenaga
pengajar dapat menghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar
secara individu melalui alat komunikasi lain (Other communication tools)
yang ada dalam sistem ini. Sistem ini juga menyediakan kemudahan ‘Lock box
for students’ yang dapat membantu pelajar untuk menyimpan bahan kelas di
tempat yang selamat sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudian
atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat. Sistem
ini sangat digalakkan kerana ia dapat memasang dan menyampaikan inti
pembelajaran dengan cepat dan tepat. Oleh yang demikian, tenaga pengajar dan
pelajar perlu sebaiknya menggunakan sistem ini dalam pembelajaran agar dapat
memusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran. Gambar di bawah ialah contoh Sistem Maklumat Pelajar dari Institut Pendidikan Guru. Pautan ini diperoleh daripada http://43.252.232.194/smp/.
i.
Gambar 1: Contoh Sistem Pengurusan Maklumat (LMS) dari Institut Pendidikan Guru.
Di samping
itu, Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS juga mampu memberi impak kepada
asas aktiviti institusi pendidikan. Hal ini kerana LMS memainkan peranan di
dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan
prosedur standard untuk semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk
menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini. LMS dibahagikan kepada dua kategori
iaitu “proprietary” dan “open source”. Contoh LMS proprietary
ialah blackboard manakalah contoh bagi LMS open
source ialah Moodle.
Moodle memberikan banyak
kebaikan kerana ia merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai
yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan,
khususnya pendidikan tinggi dan universiti. Kegunaan LMS ini dapat membolehkan
pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses bahan
pembelajaran. Tambahan pula, sistem ini amat digalakkan kerana ia menyediakan
satu portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran. Kesannya, ia
dapat memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan sistem ini sangat penting lagi-lagi
apabila sistem ini dapat meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia. Oleh
itu, kita dapat lihat bahawa kebanyakan universiti menggunakan sistem ini dalam
pembelajaran mereka. Gambar di bawah menunjukkan contoh Moodle yang digunakan oleh UNITEN. Gambar di bawah diperoleh daripada pautan http://lms.uniten.edu.my/moodle/.
Gambar 2: Contoh Moodle yang digunakan oleh UNITEN.
Bukan itu
sahaja, sistem ini juga dapat mewujudkan pembelajaran berpusat. Sistem ini
berupaya membantu dan memudahkan proses pembelajaran kerana pembelajaran boleh
dilakukan dimana sahaja serta pada bila-bila masa. Hal ini dapat membantu
pelajar mencari apa-apa maklumat pembelajaran yang diperlukan oleh mereka. Jika
pelajar mahu berbincang dengan pakar daripada universiti, mereka boleh
melakukan sedemikian melalui emel atau blackboard yang disediakan dalam
sistem ini. Seterusnya, kecekapan organisasi juga dapat dinaikkan melalui
sistem yang sedia ada ini. Hal ini membuatkan maklumat dapat disunting dan
dikeluarkan dengan cara yang mudah. Kesannya, semangat untuk bekerja dan belajar
dapat ditingkatkan serta tidak lagi diganggu oleh masalah pengurusan. Oleh itu,
mereka dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efisien.
Gambar 3: Senarai Open Source Software yang digunakan LMS.
Pada pandangan
saya, semua universiti atau kolej mahupun insititut yang ada perlulah
mengaplikasikan sistem pengurusan pembelajaran ini kerana sudah terang lagi
bersuluh banyak kemudahan yang dapat diperoleh daripada sistem ini. Hal ini
kerana sistem ini diperlukan oleh semua tenaga pengajar dan pelajar dalam
pembelajaran mereka untuk memudahkan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Tambahan pula, apabila mereka dapat menyambung diskusi secara atas talian jika
tidak sempat di dalam kuliah. Selain itu, sistem ini juga membenarkan pelajar
untuk berkongsi maklumat dengan pihak luar. Ini dapat menjimatkan masa kerana
maklumat yang dikongsi boleh diperolehi dengan cepat dan boleh digunakan
berkali-kali sepanjang masa. Kesimpulannya, pelajar perlu memberi kerjasama
supaya bersikap lebih terbuka dan dapat menerima LMS sebagai sebahagian
daripada alat yang akan diaplikasikan dalam pembelajaran pada masa akan datang.