Sikap terhadap
pentaksiran
Sikap terhadap pentaksiran terdiri
daripada pentaksiran dan persediaan untuk pentaksiran.
·
Definisi pentaksiran
Definisi pentaksiran
·
Proses untuk mengumpul maklumat dan data
supaya masalah pelajar dapat dikesan dan dikenal pasti dan proses ini dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan gambaran prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek.
·
Tujuan pentaksiran
Tujuan pentaksiran
·
Mengenal pasti prestasi pembelajaran
seseorang pelajar dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki sistem pembelajaran dan pengajaran agar menjadi lebih sistematik dan dapat mengetahui jenis masalah pembelajaran yang dihadapai oleh pelajar.
·
Jenis-jenis pentaksiran
Jenis-jenis pentaksiran terdiri daripada empat jenis iaitu pentaksiran sumatif, pentaksiran formatif, pentaksiran berasaskan prestasi dan pentaksiran internal dan eksternal.
Pentaksiran sumatif ialah pentaksiran yang dilakukan pada akhir pengajaran untuk mengetahui sejauh mana sesorang palajar menguasai topik atau subjek yang telah dipelajari. Di samping itu, ia dapat membantu guru memperoleh maklumat yang perlu dinilai terlebih dahulu. Pentaksiran formatif pula adalah pentaksiran yang dilakukan pada peringkat pembentukan agar penguasaan dan kemajuan pelajar dapat dikesan supaya segala kelemahan dapat diperbaiki contohnya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Seterusnya, pentaksiran berasaskan prestasi pula terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran formal yang terdiri daripada kuiz, ujian dan esei manakala pentaksiran tak formal pula dinilai melalui kemahiran membaca seseorang pelajar. Akhir sekali, pentaksiran internal dan eksternal di mana pentaksiran internal ialah apabila murid mendapat markah dan penilaian daripada pentaksiran yang telah dilakukan setelah dinilai serta disemak oleh guru. Pentaksiran eksternal pula ditentukan oleh badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia misalnya, kertas peperiksaan murid ditanda oleh pihak luar dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tidak akan dimaklumkan.

Persediaan untuk pentaksiran
Persediaan untuk pentaksiran pula dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, tugasan individu yang memerlukan pelajar itu sendiri berusaha untuk melakukan
persediaan dan perancangan yang rapi untuk
menghadapi peperiksaan. Nota dan bahan untuk mengulangkaji
mestilah diperoleh oleh pelajar itu sendiri tanpa mengharapkan sepenuhnya
bantuan daripada orang lain. Kedua, tugasan berkumpulan di mana pelajar hendaklah bekerjasama dengan ahli
kumpulan dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Ketiga, integriti pelajar iaitu segala maklumat dan idea yang ingin
dipersembahkan oleh pelajar mestilah asli dan amalan plagiat adalah dilarang.
Bagaimana pentaksiran boleh membawa kesan tersebut?
ReplyDeletePentaksiran memberi kesan dan faedah yang positif kepada para pelajar kerana ia dapat menguji sejauh mana tahap pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjanh tahun.
DeleteApakah kesan pentaksiran kepada pelajar?
ReplyDeleteKesan pentaksiran kepada pelajar adalah ia dapat menilai dan menguji pengetahuan para pelajar tentang sesuatu topik atau subjek yang diajar oleh guru kerana kebanyakan pelajar hanya menghafal sesuatu subjek yang dipelajari dan tidak memahaminya.
DeleteAdakah pentaksiran ini sesuai untuk dilaksanakan kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran ?
ReplyDeleteIa sesuai untuk diaplikasikan kepada semua pelajar kerana hal ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik mereka di dalam kelas secara tidak langsung supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan mereka dalam sesuatu subjek.
ReplyDeleteAdakah tindakan untuk membubarkan pentaksiran di sekolah rendah melibatkan pelajar darjah 1, 2 ,dan 3 ialah sebuah tindakan yang relevan?
ReplyDeleteWajarkah guru daripada sekolah lain menanda kertas peperiksan pelajar atau guru daripada sekolah itu sendiri yang patut menanda kertas peperiksaan pelajar mereka?
ReplyDelete