Sunday, September 1, 2019

PENYESUAIAN SOSIAL


PENYESUAIAN SOSIAL

Penyesuaian ialah proses membiasakan diri. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti perangai, tingkah laku, hubungan dengan komuniti dan cara bermasyarakat. Penyesuaian sosial ialah kebolehan seseorang menyesuaikan diri dalam komuniti sosial yang berlainan. Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan guru atau pensyarah serta sekeliling mereka untuk menimba ilmu dengan baik demi mencapai kejayaan dalam pelajaran.





KEMAHIRAN INTERPERSONAL

• Kemahiran Interpersonal merupakan keupayaan seseorang untuk memahami perasaan individu lain dan menerima apa yang dirasai oleh mereka. Individu tersebut akan berupaya untuk menerima pendapat orang lain berkaitan sesuatu perkara di samping bertukar tukar pendapat. Contohnya, mereka juga cenderung untuk bertanyakan banyak soalan demi mencapai kefahaman dan kepastian tentang sesuatu topik. Kemahiran Interpersonal ini jugak merupakan sebuah komunikasi yang berlaku apabila seseorang berhubung dengan individu lain atau seseorang yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu yang lain.Hal ini akan menimbulkan perasaan menghormati dan menggalakkan penerimaan dalam kemasyarakatan.





KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

• Kemahiran untuk berkomunikasi dengan diri dan minda sendiri sahaja. Individu tersebut mampu meningkatkan keberanian menempuhi apa sahaja halangan atau cabaran dalam kehidupan. Mereka juga cenderung untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan orang lain serta menyedari kelemahan diri dan berusaha untuk memperbetulkannya. Individu yang bermotivasi kerana kebolehannya mengenali diri sendiri secara mendalam. 



PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

• Komuniti pembelajaran adalah kaedah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan kemahiran dan nilai serta tingkah laku yang baik. Komuniti pembelajaran di IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran dan pelajar yang bergerak secara kumpulan untuk berkongsi pendapat dan idea demi mencapai kecemerlangan dalan akademik. Terdapat beberapa dimensi budaya yang dibentuk di IPG iaitu budaya ilmu. Contohnya, ilmu yang disalurkan oleh para pensyarah kepada guru guru pelatih adalah sebuah pembelajaran sepanjang hayat. Guru guru pelatih akan bergelar seorang guru kelak. Justeru itu, ilmu akan sentiasa disampaikan kepada seluruh generasi. Kedua, budaya kepimpinan. Contohnya , guru guru pelatih dilatih untuk sentiasa menepati masa, etika pemakaian dan cekap mematuhi prosedur. Lantaran itu, apabila seorang guru itu menempuhi situasi sebenar di sekolah, mereka akan menjadi guru yang cekap menguruskan sesebuah masalah atau rintangan. Ketiga, budaya akhlak dan moral. Contohnya, sentiasa bersyukur dan nilai rendah diri. Oleh hal demikian, pelajar pelajar di sekolah akan turut berakhlak mulia kerana lahirnya guru guru yang mengamalkan nilai nilai murni.

ISU ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Instagram


• Pelajar boleh memuat naik nota untuk perkongsian rakan rakan yang lain. Ruang komen disediakan untuk penambahbaikan nota. Laman Instagram yang berperanan menyampaikan tips belajar dapat berkongsi video pembelajaran atau tips menjawab soalan tutorial agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar pelajar lain. Instagram boleh digunakan sebagai medium untuk memperkuat dan memperluas pembelajaran pelajar. Contohnya, guru atau pensyarah hanya perlu berkongsi untuk nota nota ringkas sebagai rujukan pelajar di masa lapang. Jadi, pelajar juga mendapat manfaat ketika bermain media sosial dan bukannya aktiviti yang sia sia. Pensyarah dan pelajar juga boleh bergerak secara kolaboratif dengan berkongsi nota atau video tutorial di 'Instagram Story' atau melakukan siaran langsung (Live) seperti cara menghafal formula atau mengira sesuatu dengan betul dan pantas. Dalam pada masa yang sama, pensyarah atau guru akan memberikan pandangan mereka untuk menambahbaikkan kelemahan setiap pelajar tentang perkara yang dikongsi.

Twitter


• Twitter dapat digunakan sebagai platform untuk menyebarkan maklumat maklumat penting kerana penggunanya banyak terdiri daripada remaja. Pelajar dapat bertukar tukar idea dan memberikan pendapat agar dapat memperluaskan isi maklumat. Guru dan pensyarah juga dapat menggunakan platform ini untuk berbincang dan bertanyakan pendapat tentang topik pembelajaran. Untuk memulakan proses ini, guru atau pensyarah boleh bertanyakan refleksi atau sebarang pertanyaan manakala para pelajar akan memberikan jawapan atau pandangan mereka menggunakan aplikasi Twitter ini. Selain itu, aplikasi Twitter menggalakkan pelajar untuk membaca. Kaedah 'thread' yang digunakan di Twitter memberikan manfaat kepada pelajar untuk kerap membaca dan terus membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pensyarah atau guru boleh menggunakan kaedah 'thread' ini untuk berkongsi nota dan pelajar boleh 'retweet' atau 'quote tweet' untuk menyebarkan nota tersebut.

Skype


• Pelajar boleh menggunakan aplikasi skype secara berkumpulan untuk memudahkan proses perbincangan tentang sesuatu perkara. Sebuah aplikasi yang percuma dan mudah diakses di mana mana sahaja serta dapat dihubungkan dengan orang di negara luar. Sebagai contoh, para pelajar boleh menggunakan aplikasi Skype untuk belajar bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Oleh kerana kekangan masa dan tempat di dalam kelas, pelajar boleh menggunakan aplikasi 'face to face' untuk memudahkan proses pembelajaran dan komunikasi dalam bahasa tersebut tanpa perlu terikat dengan masa dan tempat lagi. Kaedah ini sebenarnya lebih santai dan selesa kerana dapat dilakukan di rumah sahaja.

Slideshare


• Slideshare merupakan sebuah kaedah untuk mempersembahkan hasil kajian, dokumen atau fail pdf dan boleh dibaca pada bila bila masa sahaja. Aplikasi ini bertujuan untuk bertukar tukar pendapat dan berkongsi maklumat dengan pelajar lain dan senang dimuat turun . Sebagai contoh, para guru atau pensyarah hanya perlu mengirimkan bermacam macam dokumen seperti video, reminder, data, nota padat melalui Slideshare untuk kegunaan dan rujukan pelajar pelajar . Oleh itu, para pelajar tidak perlu risau akan kehilangan nota apabila tidak hadir kelas kerana adanya medium ini untuk kemudahan mereka. Slideshare boleh digunakan untuk mempersembahkan hasil kajian dengan cara yang kreatif . Gaya pembelajaran ini akan lebih berkesan kerana pelajar pelajar lebih berminat akan suasana pembelajaran yang kondusif dan unik. Oleh itu, pelajar tidak akan bosan di dalam kelas dan nota mudah dirujuk walaupun ketika ketiadaan guru atau pensyarah.

Facebook


• Facebook merupakan sebuah aplikasi yang paling lama dan banyak digunakan oleh rakyat dari seluruh lapisan masyarakat. Aplikasi ini dapat menggalakkan penglibatan secara aktif para pelajar kerana terdapat pelbagai kemudahan seperi memuat naik gambar, video tutorial , pertambahan kenalan, ruangan komen dan banyak lagi. Pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran bersosial dengan masyarakat luar negara kerana diakses ke seluruh dunia. Sebagai contoh,  para guru dan pensyarah dapat menggunakan medium Facebook Share untuk berkongsi bahan pembelajaran seperti video, slide, atau nota padat. Manakala Facebook Group pula digunakan untuk melakukan perbincangan atau melakukan refleksi mengenai topik kupasan di dalam kelas sebelum ini. Selain itu, Facebook Quiz juga dapat digunakan untuk guru dan pensyarah menyalurkan soalan soalan tutorial atau kuiz untuk para pelajar.

ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK


 Kecemerlangan dalam akademik selalunya didominasikan oleh pelajar perempuan kerana sikap mereka yang rajin membolehkan mereka mendapat kejayaan dalam pelajaran. Sebagai contoh, guru guru pelatih di IPG lebih ramai terdiri oleh pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Oleh itu, kerapkali kita lihat guru guru perempuan yang lebih ramai di sekolah. Hal ini kerana pelajar lelaki pula mereka lebih cenderung kepada tugasan dalam bentuk praktikal yang memerlukan permikiran yang realisitk dan kritis dalam sesebuah situasi. Sebagai contoh, jika dilihat di Institut Kemahiran di Malaysia, pelajarnya lebih banyak terdiri oleh lelaki kerana minat mereka terhadap aktiviti yang lebih memerlukan kreativiti dan keberanian. Kesimpulannya, kita dapat lihat ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.

9 comments:

  1. Apakah tindakan yang sepatutnya yang boleh diambil untuk mengelakkan kebocoran maklumat peribadi anak-anak mereka di media sosial?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan kebocoran maklumat peribadi anak anak mereka di media sosial ialah dengan menukarkan tetapan akaun mereka dari umum kepada privasi dan hanya membenarkan orang orang yang dikenali sahaja mengikuti akaun anak anak. Selain itu, ibu bapa boleh memantau setiap aktiviti anak anak di media sosial agar mereka tidak sewenang wenangnya mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada orang yang tidak dikenali.

      Delete
  2. Apakah yang patut dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi rasa kekok dalam pergaulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara untuk mengatasi rasa kekok dalam pergaulan ialah menggunakan kata sapaan baik baik terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan topik topik menarik dan juga isu tersebut diketahui oleh rakan itu. Justeru itu perbualan agak menjadi lebih rancak dan tidak akan ada kekekokan dalam pergaulan tersebut.

      Delete
  3. Apakah aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran interpersonal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran interepersonal ialah seperti seorang pemimpin mesti sentiasa bersedia mendengar segala aduan, masalah dan perkembangan yang dilaporkan oleh para pengikutnya. Situasi ini mewujudkan ruang kepada kedua-dua pihak untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Selain itu, seorang pemimpin akan menunjukkan mimik muka sedih dan turut bersimpati setelah mendengar aduan mangsa banjir. Secara tidak langsung, hubungan interpersonal yang diamalkan semakin berkesan

      Delete
  4. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk membendung penggunaan media sosial dalam kalangan remaja ?

    ReplyDelete
  5. Tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja ialah ibu bapa perlulah memantau setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka mengakses media sosial. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu menggelakkan anak-anak daripada mengakses laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber

    ReplyDelete
  6. Apakah cara bagi mengelakkan pelajar daripada menggunakan aplikasi media sosial ini untuk tujuan yang tidak baik?

    ReplyDelete

 

Kemahiran Belajar Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template